'Saya tidak ada tekanan dengan Veda'

‘Saya tidak ada tekanan dengan Veda’

Hakim Danish bergelut dengan kelompok hadapan pada perlumbaan Moto3 Grand Prix Motosikal Thailand di Buriram, Thailand, minggu lalu. - FB Hakim Danish
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli tidak kisah jika dibandingkan  dengan pelumba berbakat besar dari Indonesia, Veda Pratama selepas berakhir aksi pembuka musim pada Grand Prix Thailand, minggu lalu.

Anak jati Terengganu itu berkata, dia sama sekali tidak berasa tertekan jika ada peminat yang berbuat demikian dan mengakui Veda sememangnya laju dengan jentera Honda.

“Saya tak ada tekanan daripada segi itu. Bagi saya Veda memang laju dan saya akan cuba untuk kejar dia dalam perlumbaan akan datang di Brazil (20-22 Mac ini),” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Hakim Danish yang berdepan isu pada pelarasan jenteranya di Buriram sekadar berada di kedudukan ke-18 manakala, Veda menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Mengulas lanjut mengenai Veda, Hakim Danish berkata, pesaingnya itu memiliki gaya tunggangan yang lancar dan cukup bagus ketika di selekoh.

“Di situ kelebihan Veda yang membuatkan dia laju dalam perlumbaan,” kata Hakim Danish yang bertekad untuk menebus kekecewaannya di Brazil nanti.

Pelumba yang bernaung di bawah pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi Racing Team itu menambah, dia amat berharap dapat memperbaiki prestasinya pada sesi kelayakan. 

Menurut pelumba berusia 18 tahun itu, persaingan dalam Kejuaraan Dunia masih panjang dan ada 21 pusingan lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN