PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia, Datuk Jeffrey Low menggesa pihak berkuasa mengenal pasti individu dan pihak bertanggungjawab dalam kes pemalsuan sijil kelahiran membabitkan tujuh pemain yang pernah dikaitkan sebagai ‘pemain warisan’ negara. Menurut beliau, kontroversi berkenaan bukan sekadar isu dalaman bola sepak, sebaliknya melibatkan perkara serius yang boleh menjejaskan reputasi serta integriti negara di pentas antarabangsa. Jeffrey menegaskan, kes tersebut perlu disiasat secara menyeluruh kerana pemalsuan dokumen rasmi,…










