MIAMI: Pemain tenis No.1 dunia, Aryna Sabalenka meneruskan dominasi awal musim apabila menjuarai Terbuka Miami buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Coco Gauff 6-2, 4-6, 6-3, semalam. Kejayaan itu sekali gus melengkapkan ‘Sunshine Double’ buat Sabalenka selepas turut menjuarai kejohanan Terbuka Indian Wells, menjadikannya antara kelompok elit yang pernah menguasai dua kejohanan gelanggang keras terbesar awal musim. Pemain Belarus itu kini menyertai nama-nama besar seperti Iga Swiatek, Steffi Graf, Kim…










