Masa kembalikan maruah Harimau Malaya   

Masa kembalikan maruah Harimau Malaya   

Faisal Halim berlatih bersama skuad Harimau Malaya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin. - IHSAN FAM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima penyerang yang dipanggil pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski diyakini mampu mengembalikan maruah negara dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 31 Mac ini.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Zulakbal Abd Karim berkata, berdasarkan prestasi semasa, kesemua penyerang tersebut merupakan aset terbaik buat Harimau Malaya.

“Saya percaya pemain tempatan yang dipanggil bagi menghadapi perlawanan ini mampu buktikan sesuatu, walaupun kita sudah tiada apa yang hendak dikejarkan.

“Namun, mereka perlu mempertahankan maruah bola sepak kebangsaan selepas apa yang berlaku. Hanya dengan kemenangan sahaja mampu mengangkat semula martabat bola sepak negara,” katanya.

Lima penyerang yang dipanggil kali ini adalah penjaring terbanyak tempatan Liga Super, Safawi Rasid yang telah menjaringkan 12 gol bersama Ramadhan Saifullah Usman yang sudah meledak lima gol serta melakukan 10 gerakan gol.

Penyerang Selangor FC, Faisal Halim turut disenaraikan bersama pemain muda Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsudin dan Paulo Josue selepas masing-masing meledak lima gol dalam kempen liga.

Harimau Malaya hampir mendapatkan tiket ke Piala Asia namun ditolak enam mata selepas skuad negara menurunkan pemain yang tidak layak ketika bertemu Nepal dan Vietnam.

Skuad kebangsaan dijadual bertemu Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Thien Truong, Ninh Binh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×