PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski perlu melakukan persediaan rapi bagi mengekang ancaman yang bakal diberikan Vietnam dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 di Hanoi pada 31 Mac ini. Ini selepas skuad Naga Emas membuat perancangan awal dengan memanggil penggempur naturalisasi, Nguyen Xuan Son untuk menerajui jentera serangan pasukan yang dikendalikan Kim Sang Sik bagi merebut peluang ke Piala Asia 2027. Biarpun Vietnam belum mengumumkan senarai penuh…










