PETALING JAYA: Keputusan jaguh muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk kembali menjalani latihan di Bangkok disifatkan langkah strategik dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran terbesar dalam kariernya di pentas ONE Championship. Petarung muda berusia 19 tahun yang mesra disapa Jojo itu bakal ‘berkampung’ di Superbon Training Camp sebuah pusat latihan bertaraf dunia yang terkenal melahirkan atlet elit sukan tempur. Pendekatan tersebut bukan sekadar meningkatkan tahap kecergasan, malah memberi ruang kepada…











