Sukan SEA medan paling mencabar – Jojo

Sukan SEA medan paling mencabar – Jojo

Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (kanan) menang pingat emas dalam acara muay thai kategori 57 kilogram menewaskan lawan tuan rumah, Sirilun Suphakon di Sukan SEA 2025, Bangkok, kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bintang ONE Championship, Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo mengakui pentas Sukan SEA jauh lebih mencabar dan menuntut atlet berada pada tahap terbaik setiap hari kerana perlu berdepan pelbagai peninju dengan gaya tempur berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jojo yang hadir memberi sokongan kepada adiknya, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar di Stadium Lumpinee menyifatkan temasya dwitahunan itu memiliki tahap kesukaran tersendiri berbanding pertarungan profesional yang disertainya.

Jelasnya, dalam aksi profesional, persiapan boleh ditumpukan sepenuhnya kepada seorang lawan khusus selama sebulan, namun situasi di Sukan SEA memaksa atlet bersedia untuk segala kemungkinan dalam tempoh singkat.

“Sukan SEA antara kejohanan yang susah. Sebab ia bukan bergantung kepada satu lawan sahaja. Kalau fight profesional, kita boleh kaji satu lawan dan berlatih selama sebulan untuk dia seorang.

“Tapi di Sukan SEA, kita perlu jadi yang terbaik dalam semua aspek setiap hari. Kita bertarung setiap hari, perlu turun berat badan setiap hari dan perlu berlawan dengan pelbagai gaya ,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, Jojo meluahkan rasa bangga apabila strategi yang dirangka menjadi apabila Miki berjaya menumbangkan wakil tuan rumah, Sirilun Suphakon untuk meraih pingat emas kategori 57 kilogram (kg).

Menurut Jojo, mereka sudah mengkaji corak permainan lawan dan fokus utama Miki adalah mematahkan senjata utama lawan iaitu yang sering menyerang menerusi sepakan kaki kiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN