DALAM suasana ekonomi global yang semakin bergolak akibat konflik di Asia Barat, Malaysia kini berhadapan cabaran berat fiskal apabila kerajaan menanggung beban subsidi bahan api mencecah RM4 bilion sebulan. Sistem subsidi harga yang telah lama diamalkan terbukti tidak lagi mampan, tidak adil dan penuh dengan kebocoran. Di sebalik krisis ini, muncul satu gagasan dasar yang semakin mendapat perhatian serius di peringkat global mahupun tempatan iaitu Pendapatan Asas Sejagat (UBI). Ia…










