3.80m bukan ukuran sebenar Nor Sarah

3.80m bukan ukuran sebenar Nor Sarah

Nor Sarah Adi melakukan lompatan 3.80 meter pada Kejohanan Lompat Bergalah Antarabangsa Taiwan, kelmarin untuk menduduki tempat ketujuh. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi mengakui masih belum berpuas hati meskipun mencatat lompatan terbaik musim ini 3.80 meter (m) pada Kejohanan Lompat Bergalah Antarabangsa Taiwan, kelmarin.

Catatan tersebut hanya meletakkannya di kedudukan ketujuh sekali gus jauh daripada prestasi terbaik peribadinya 4.05m yang pernah dilakar sebelum ini di Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet berusia 25 tahun itu bagaimanapun melihat pencapaian tersebut sebagai petanda positif dalam usaha kembali ke tahap sebenar selepas dihimpit kecederaan buku lali sejak tahun lalu.

Menurutnya juara Sukan SEA Vietnam 2021 itu, peningkatan dari segi fizikal mula dirasai walaupun masih belum berada pada tahap optimum untuk bersaing di peringkat tertinggi.

“Saya dapat mengulangi catatan terbaik musim ini dan menyamai ketinggian yang biasa saya lakukan.

“Walaupun masih belum mencapai catatan peribadi terbaik tetapi musim ini masih awal,” kata Sarah.

Tambah Sarah, beberapa faktor luaran seperti penggunaan galah dan keadaan persekitaran turut mempengaruhi prestasinya sepanjang kejohanan tersebut.

Menurutnya, situasi persaingan yang melibatkan atlet muda yang cenderung membuat lompatan awal turut menjejaskan rentak pertandingan sehingga memaksanya menunggu lebih lama sebelum melakukan percubaan.

“Ada juga membabitkan faktor lain seperti galah dan persekitaran. Ini kerana bersaing dengan atlet muda, mereka lebih cenderung melakukan lompatan terbaik pada awal percubaan yang menyebabkan saya terpaksa menunggu lebih lama buat pertama kalinya,” katanya.

Dalam pada itu, atlet muda, Noor Shahreena Jamizan gagal mendapatkan tempat selepas gagal ketiga-tiga percubaan setinggi 3.60m. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×