SUNDERLAND: Mohamed Salah sekali lagi membuktikan statusnya sebagai nadi utama Liverpool apabila umpanan tepatnya menghadiahkan gol kemenangan 1-0 ke atas Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam. Sepakan penjuru yang disempurnakan pemain Mesir itu pada minit ke-61 disambut kemas Virgil van Dijk untuk jaringan tunggal perlawanan, sekali gus memastikan tiga mata berharga buat The Reds di Stadium of Light. Lebih manis, bantuan gol tersebut menyaksikan Salah kini mengumpul 92 umpanan…










