Slot gusar pemain cedera, digantung aksi

Slot gusar pemain cedera, digantung aksi

Arne Slot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Arne Slot berdepan cabaran memilih pemain dalam kunjungan ke Stadium Of Light untuk berdepan Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas beberapa pemain berdepan kecederaan dan penggantungan.

Dominik Szoboszlai digantung perlawanan selepas menerima kad merah ketika berdepan Manchester City manakala beberapa pilihan lain di posisi pertahanan kanan turut tidak dapat diturunkan kerana berdepan kecederaan.

Joe Gomez terpaksa dikeluarkan ketika aksi menentang Bournemouth 16 hari lalu dan walaupun Slot memaklumkan kecederaannya tidak serius, pemain berusia 28 tahun itu dijangka belum bersedia untuk diturunkan menentang Sunderland, awal pagi esok.

Situasi itu bertambah rumit apabila Jeremie Frimpong dan Conor Bradley masih belum pulih, menjadikan Wataru Endo pilihan paling logik untuk mengisi posisi berkenaan di Stadium of Light, meskipun sekadar penyelesaian sementara.

“Jeremie pasti tidak. Kami sudah menjangkakan perkara ini sejak dia mengalami kecederaan dan ia memerlukan beberapa minggu. Sejujurnya, saya juga tidak jangka Joe (Gomez) dapat kembali tepat pada masanya, tetapi kita tidak pernah tahu.

“Namun jika dia kembali selepas berehat tiga minggu, adakah wajar untuk terus menurunkannya? Anda boleh kata tidak, tetapi keputusan itu perlu saya buat menjelang ksi berdepan Sunderland.

“Kita akan lihat keputusan terbaik. Kami masih ada pemain lain yang boleh beraksi di posisi itu. Dom sekali lagi menunjukkan prestasi sangat baik di situ, namun malangnya dia tidak tersedia untuk perlawanan nanti,” kata Slot.

Di posisi lain, masih belum ada perkembangan positif berhubung pemulihan Alexander Isak yang mengalami kecederaan patah kaki, manakala Giovanni Leoni pula disahkan tidak akan beraksi lagi musim ini.

Sementara itu, skuad kendalian Slot juga kini berdepan masalah tidak konsisten di hujung permainan dan situasi berkenaan jelas terbukti ketika berdepan City.

Liverpool tewas kepada City apabila jaringan Bernardo Silva dan Erling Haaland mengubah keputusan perlawanan di Anfield, namun, Slot berpendapat situasi itu sebenarnya boleh dielakkan.

“Setiap kali ia berlaku dengan cara berbeza. Sebelum mereka menjaringkan gol kedua untuk menjadikan kedudukan 2-1, kami berada dalam situasi yang sangat menjanjikan menerusi Curtis Curtis Jones,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN