Serangan tumpul punca Real rebah

Serangan tumpul punca Real rebah

Alvaro Arbeloa kecewa dengan jentera serangan Real Madrid yang dianggap tumpul ketika menentang Osasuna dalam saingan La Liga, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAMPLONA: Pengurus Real Madrid, Alvaro Arbeloa mengakui kecewa dengan prestasi barisan serangan pasukannya yang dianggap tumpul selepas tewas kepada Osasuna 1-2 dalam saingan La Liga ,semalam.

Osasuna terlebih dahulu mendahului pada minit ke-34 melalui sepakan penalti Ante Budimir selepas rakaman video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan Thibaut Courtois memijak kaki penyerang lawan di dalam kotak penalti.

Real sempat menyamakan kedudukan pada minit ke-73 melalui Vinicius Junior, namun pasukan tuan rumah kembali menguasai permainan dan menamatkan perlawanan dengan jaringan kemenangan oleh Raul Garcia del Haro ketika masa kecederaan.

“Kami kekurangan daya tarikan, ketangkasan dan kepantasan di bahagian serangan yang sangat penting buat kami.

“Kami mempunyai margin yang besar untuk diperbaiki dan perjalanan yang panjang di hadapan kami, bermula pada Rabu dalam Liga Juara-Juara menentang Benfica,” kata Arbeloa

Menurut Arbeloa, meskipun Real mendominasi penguasaan bola, mereka gagal menembusi pertahanan Osasuna yang berdisiplin, sekali gus membuktikan kelemahan di bahagian serangan pasukan.

“Kami bermula dengan matlamat, tetapi berulang kali tergugat dengan serangan balas Osasuna yang pantas,” tambahnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN