PETALING JAYA: Cadangan agar institusi diraja kembali menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu dinilai secara menyeluruh berasaskan realiti bola sepak moden, bukan bersandar pengalaman kedudukan yang pernah disandang. Peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurrashid menyentuh sensitiviti penglibatan institusi raja dalam kepimpinan FAM dengan menegaskan bahawa prestasi pasukan kebangsaan sering menjadi sasaran kritikan awam. “Adalah lebih wajar untuk memelihara martabat institusi diraja. Jawatan seperti Presiden FAM lebih sesuai disandang individu awam…










