Pemain ada hak wakili negara dipilih

Pemain ada hak wakili negara dipilih

Kongres pemilihan FAM dijangka berlangsung pada September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam Sukan dan Komersial, Nik Erman Nik Roseli menjelaskan tiada tuntutan daripada negara asal terhadap seorang pemain yang mempunyai hak memilih negara untuk diwakili menjelang keputusan Mahkamah Timbang Tara(CAS) pada 26 Februari ini.

Katanya, walaupun seseorang pemain mempunyai kelayakan mewakili dua negara, keputusan tetap terletak pada pemain itu sendiri.

“Jika sekalipun pemain boleh mewakili dua negara, pemain yang membuat pemilihan, dan bukan negara yang menuntut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nik Erman menjelaskan bahawa berdasarkan Statut FIFA, seseorang pemain yang mempunyai dua kewarganegaraan atau melalui proses naturalisasi berhak memilih negara mana yang ingin diwakili sekaligus tidak boleh menghalang keputusan pemain.

Beliau turut menegaskan, peluang untuk pemain membuat rayuan masih terbuka selagi mana keputusan rasmi belum diputuskan.

“Alasan rayuan akan bertumpu kepada hujahan fakta seperti sijil beranak yang sah dan dokumen tidak palsu, serta hujahan undang-undang bahawa FIFA mungkin salah tafsir FIFA Disciplinary Code,” jelasnya.

Nasib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan diketahui selepas CAS membuat keputusan pada penghujung Februari ini.

Barisan peguam FAM perlu mencari hujahan dan bukti baharu jika mahu menang dalam rayuan tersebut.

Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi bayangan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berpotensi berakhir dengan keputusan positif.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John melihat petunjuk paling jelas ialah apabila CAS meluluskan penangguhan hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan ke atas tujuh pemain terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×