Man City tunggu masa pintas Arsenal

Man City tunggu masa pintas Arsenal

Pemain pertahanan Wolverhampton Wanderers, Yerson Mosquera (kiri) bersaing dengan pemain bek Arsenal, Piero Hincapie dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak berselindung mengakui pasukannya layak dikritik selepas mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum sekadar seri 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Keputusan di Stadium Molineux itu bukan sahaja meranapkan peluang untuk melebarkan jurang di puncak liga, malah membuka ruang buat pencabar terdekat, Manchester City terus menekan dalam pemburuan gelaran.

“Amat mengecewakan. Kami perlu terima dan kritik diri sendiri. Ia tidak cukup baik,” tegas Arteta.

Menurutnya, Arsenal gagal mengekalkan intensiti pada babak kedua, sesuatu yang dianggap tidak boleh diterima bagi pasukan yang memasang impian besar untuk menamatkan kemarau kejuaraan.

“Dalam liga ini, jika anda tidak konsisten, anda akan dihukum. Hari ini kami membayarnya pada minit-minit akhir,” katanya.

The Gunners tampak berada di landasan tepat apabila Bukayo Saka dan Piero Hincapie meletakkan pelawat selesa mendahului 2-0 namun seperti déjà vu musim-musim lalu, kealpaan di penghujung permainan memakan diri.

Wolves yang menghuni tangga tercorot tidak mengibarkan bendera putih apabila gol cantik Hugo Bueno menyemarakkan kebangkitan tuan rumah sebelum pemain muda, Tom Edozie memanfaatkan kekeliruan antara penjaga gol David Raya dan pertahanan tengah Gabriel Magalhaes pada masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan.

Lebih memeritkan, jaringan sendiri Riccardo Calafiori menambah luka di kem Arsenal, sekali gus menyaksikan dua mata berharga tercicir begitu sahaja.

Ini bukan kali pertama Arsenal gagal mempertahankan kelebihan. Minggu lalu, mereka turut diikat 1-1 oleh Brentford, menjadikan isu konsistensi kembali menghantui kem London utara itu.

City kini hanya lima mata di belakang dengan satu perlawanan dalam tangan, selain bakal menerima kunjungan Arsenal pada April sekali gus pertembungan yang berpotensi menjadi penentu kejuaraan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN