BAHRAIN: Pelumba Ferrari, Charles Leclerc percaya Mercedes menyembunyikan sebahagian besar prestasi sebenar jentera pasukan itu menjelang musim Formula Satu (F1) 2026 selepas tamat ujian pramusim pertama di Litar Antarabangsa Bahrain, kelmarin. Menurut Leclerc, pasukan dari Jerman itu belum menampilkan kemampuan sepenuhnya walaupun mencatat masa terpantas pada hari terakhir ujian menerusi gandingan Andrea Kimi Antonelli dan George Russell. “Saya rasa Red Bull menunjukkan sedikit lebih banyak berbanding Mercedes dan mereka kelihatan…










