DALAM dunia yang semakin digerakkan oleh sains dan teknologi, persoalan paling mendasar untuk Malaysia hari ini bukan lagi sama ada mahu berubah atau tidak tetapi sejauh mana kita benar-benar berani melaksanakan perubahan itu secara konsisten dan berkesan? Perubahan bukan lagi satu pilihan idealistik sebaliknya menjadi keperluan strategik untuk memastikan negara kekal relevan dan berdaya saing dalam ekonomi global yang pantas berubah. Ketika ini, kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau dan ekonomi…










