BURIRAM: Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez mengakui kemalangan ketiganya pada ujian pramusim di Buriram, Thailand, kelmarin berpunca daripada faktor kurang tumpuan ketika menjalani simulasi perlumbaan. Pelumba Ducati itu terjatuh di selekoh tiga ketika sedang melengkapkan sesi larian panjang sekali gus menamatkan lebih awal hari terakhir ujian tersebut. Namun, Marquez yang bergegas ke pusat perubatan untuk pemeriksaan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum kembali ke paddock. “Perancangannya adalah untuk melakukan…










