BIRMINGHAM: Impian Aston Villa untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) terencat selepas tewas 0-1 kepada Everton, semalam. Kekalahan itu juga menyaksikan rekod 11 kemenangan berturut-turut skuad kendalian Unai Emery di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana berakhir. Ekoran kekalahan itu, Villa kekal di tangga ketiga liga dengan 43 mata daripada 22 perlawanan, tujuh mata di belakang pendahulu, Arsenal yang kini memiliki kelebihan besar dalam perebutan kejuaraan. Dalam aksi itu,…










