SUBANG JAYA: Trofi Piala Dunia singgah di Malaysia selepas kali terakhir dibawa ke negara ini lebih sedekad lalu dalam siri jelajah sempena kejohanan yang akan membuka tirai Jun ini. Malaysia menjadi antara 30 negara ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang terlibat dalam jelajah piala yang diperbuat daripada emas 18 karat seberat 6.175 kilogram dan paling berprestij tersebut. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr. Nagulendran Kangayatkarasu…










