BURNLEY: Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank sekali lagi menjadi sasaran kemarahan penyokong sendiri selepas pasukannya gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk menang apabila terikat seri 2-2 menentang Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin. Kegagalan menewaskan Burnley yang menghuni tangga ke-19 terus menghangatkan tekanan terhadap pengendali dari Denmark itu, terutamanya selepas tandukan penyelamat Cristian Romero pada minit ke-89 hanya memastikan Spurs mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).…










