Spurs pentingkan benteng kebal

Spurs pentingkan benteng kebal

Thomas Frank
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurulatih baharu Tottenham Hotspur, Thomas Frank berkata, fokus utama beliau ketika ini ialah memperkukuhkan benteng pertahanan biarpun aksi anak buahnya kurang menyengat di depan gawang.

Dalam aksi sulung Liga Juara-Juara Eropah menentang Villarreal semalam, Spurs hanya menang tipis 1-0 hasil jaringan sendiri pemain lawan, Luiz Junior seawal minit ke-4, namun Frank tetap puas hati dengan disiplin ditampilkan barisan pertahanan.

“Saya gembira dengan rekod bersih. Kami bertahan dengan baik dan menghadkan Villarreal kepada sangat sedikit peluang. Asas kami kukuh, itu perkara paling penting,” katanya.

Frank yang menggantikan Ange Postecoglou, Jun lalu kini merekodkan empat kemenangan berturut-turut dengan tiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan satu di pentas Eropah dengan empat kemenangan.

Walaupun barisan serangan yang diketuai Richarlison, Xavi Simons dan Mohammed Kudus gagal menyerlah, Frank tetap yakin masalah itu akan diatasi.

“Pasukan ini akan menjaringkan gol, saya tidak ragu. Tapi keutamaan saya sejak hari pertama ialah memperbaiki pertahanan. Struktur, disiplin dan kerja keras tanpa bola yang akan memberi peluang terbaik untuk menang,” jelasnya.

Sementara itu, jurulatih Villarreal, Marcelino menganggap skuad kendaliannya layak sekurang-kurangnya mencuri satu mata selepas mempamerkan kebangkitan selepas gol awal. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN