Bola mati taktik baharu Spurs

Bola mati taktik baharu Spurs

Pemain Tottenham Hotspur meraikan jaringan gol menentang Everton di Stadiaum Hill Dickinson, Liverpool, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Situasi bola mati Tottenham semakin ‘menggerunkan’ apabila taktikal berkenaan membantu Spurs membenam Everton 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua daripada tiga gol skuad kendalian Thomas Frank terhasil menerusi situasi bola mati, sekali gus membuktikan keberkesanan taktikal yang diterapkan pengendali kelahiran Denmark itu.

Pertahanan Spurs, Micky van de Ven menjadi wira dengan dua tandukan jarak dekat pada babak pertama menerusi umpanan sepakan penjuru yang diambil oleh Mohammed Kudus dan Pedro Porro.

Biarpun persembahan keseluruhan Spurs dilihat biasa-biasa, mereka ternyata berbahaya menerusi situasi bola mati dan jika tidak dikawal dengan baik boleh membahayakan pihak lawan.

Frank mengakui, itu antara fokus utama yang dibincangkannya bersama jurulatih bola mati, Andreas Georgson sebelum musim bermula, individu sama yang pernah bekerjasama dengannya di Brentford.

“Kami memang beri tumpuan terhadap situasi bola mati di Brentford, tetapi sekarang semua pasukan besar sudah ikut seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester City.

“Ia satu elemen penting. Kalau mahu berjaya, anda perlu tepat dalam semua aspek bola mati, bertahan tinggi, bertahan rendah dan menyerang,” kata Frank.

Frank turut percaya kebangkitan permainan bola mati dan gaya bola sepak moden akan mengubah corak pengambilan pemain pada masa depan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN