PETALING JAYA: Malaysia kekal di kedudukan ke-121 dunia dalam kemas kini ranking yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), semalam. Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kedudukan itu menyamai kedudukan dalam kemas kini yang dilakukan badan induk bola sepak dunia itu pada 22 Disember lalu. “Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini (semalam), Malaysia di tangga 121 dunia, kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 22 Disember 2025,” kata FAM. Kemas…










