Liverpool perlu keajaiban kejar Arsenal

Liverpool perlu keajaiban kejar Arsenal

GELAGAT Arne Slot dalam aksi Liverpool menentang Leeds United di Anfield baru-baru ini yang menyaksikan The Reds gagal mencari kemenangan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arne Slot mengakui Liverpool memerlukan keajaiban sekiranya mahu menghidupkan kembali cabaran musim ini, selepas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu masih terperangkap di tangga keempat dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Walaupun The Reds merekodkan tujuh perlawanan liga tanpa kalah bagi menstabilkan prestasi selepas enam kekalahan dalam tujuh aksi sebelum ini, Slot mengakui kemenangan yang diraih lebih bersifat hasil keputusan semata-mata, bukan permainan yang benar-benar meyakinkan.

“Setiap perlawanan adalah kerja keras. Jurang antara dua pasukan selalunya sangat kecil. Kami mungkin sedikit lebih baik berbanding lawan tetapi tidak cukup untuk membuat perbezaan besar.

“Kami sering berada dalam jurang 20 peratus itu, dan apabila berada di tahap itu, turun ke padang atau tidak, kesannya tidak banyak kepada keputusan,” kata Slot menjelang pertembungan menentang Fulham, hari ini.

Slot menegaskan, beliau dan pemainnya akan terus berusaha meningkatkan prestasi agar mampu melepasi tahap tersebut dan mengubah hala tuju musim.

Slot turut meredakan jangkaan penyokong dengan mengakui Liverpool belum layak dianggap pencabar kejuaraan ketika ini, dengan Arsenal dan Manchester City semakin meninggalkan pasukan lain manakala Aston Villa turut tercicir selepas tewas kepada pendahulu liga.

“Secara realistik, hanya ada dua pasukan yang benar-benar bersaing. Villa hampir tetapi kekalahan kepada Arsenal mewujudkan jurang yang jelas.

“Dua pasukan itu terlalu jauh di hadapan kami dan kami tidak sepatutnya memandang ke arah mereka buat masa ini,” katanya.

Walaupun pertahanan Liverpool semakin kukuh, Slot mengakui masalah utama pasukannya masih terletak di jentera serangan, walaupun menguasai perlawanan dari segi penguasaan bola. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN