SERDANG: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menolak dilabel pendatang baharu apabila menegaskan pendekatannya musim ini adalah untuk bersaing secara kompetitif, bukan sekadar menimba pengalaman dalam saingan elit Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP). Pendekatan berani itu mencerminkan keyakinan tinggi pelumba berusia 19 tahun berkenaan yang bakal mengharungi musim penuh pertamanya bersama pasukan MT Helmets-MSI, selari dengan jangkaan tinggi yang diletakkan terhadapnya. Dalam saingan Moto3 musim ini, Hakim menggalas tanggungjawab besar apabila…










