BATC: Malaysia kirim barisan muda

BATC: Malaysia kirim barisan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia hanya mengirimkan skuad muda tanpa kelibat bintang-bintang handalan dunia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Tsingtao, China 3-9 Februari ini.

Berdepan jadual padat dengan Kejohanan Dunia di India pada Ogos, kemudian disusuli Sukan Asia di Jepun yang bermula 19 September-4 Oktober, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih mempertaruhkan barisan muda.

Ini belum mengambil kira jadual padat Jelajah Dunia yang tidak memungkinkan Malaysia menghantar skuad senior.

Menerusi perkongsian akaun Facebook BAM, hari ini, empat pemain perseorangan lelaki disenaraikan iaitu Justin Hoh yang menghuni ranking ke-39 dunia, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Eogene Ewe dan Kong Wei Xiang.

Bagi sektor beregu lelaki pula, skuad kebangsaan diketuai pasangan No. 17 dunia, Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan Kang Khai Xing-Aaron Tai.

Untuk pasukan wanita pula, pemain No. 42 dunia, K. Letshanaa akan menerajui sektor perseorangan dan turut berada dalam senarai, pemain yang menghuni ranking ke-43 dunia, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Oo Shan Zi.

Gandingan No. 25 dunia, Ong Xin Yee-Carmen Ting, Chong Jie Yu-Vanessa Ng dan Cheng Sun Hui-Tan Zhing Yi disenaraikan bagi sektor beregu wanita.

Pencapaian terbaik skuad kebangsaan sejak BATC kali pertama dianjurkan pada 2016 adalah edisi 2022 ketika Malaysia menjadi tuan rumah dan pada ketika itu, skuad lelaki negara menjulang pingat emas, manakala, pasukan wanita membawa pulang gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN