Barisan jurulatih olahraga dijangka berubah

Barisan jurulatih olahraga dijangka berubah

Karim Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) sedang mencari barisan kejurulatihan baharu selepas mengiklankan jawatan itu, yang dipercayai usaha untuk mengembalikan semula kegemilangan atlet negara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2027.

Dalam iklan yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook MA, badan induk itu mencari jurulatih bagi semua acara dengan tarikh tutup permohonan pada 12 Januari ini dan dijangka mula bertugas pada 1 Februari 2026.

Ketika ditanya mengenai status barisan kejurulatihan yang sedia ada, Presiden MA, Datuk Karim Ibrahim enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

“Tanya MSN, kontrak dengan MSN,” jawab Karim ringkas.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil menyerahkan nasibnya kepada MA sama ada khidmatnya masih diperlukan atau tidak.

Manshahar dilantik oleh MA pada Jun lalu bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 yang mana kontraknya berakhir kelmarin.

Pencapaian olahraga di Sukan SEA Thailand 2025 sederhana, mencapai sasaran lima emas daripada 57 emas keseluruhan dengan prestasi lebih baik daripada edisi sebelum ini di luar Kuala, namun ia ukuran awal Sukan SEA 2027 di Malaysia.

Dalam pada itu, Karim berkata keputusan bersama akan dilakukan dengan MSN bagi bawa kebaikan kepada olahraga negara menjelang Sukan SEA 2027 ketika Malaysia menganjurkannya.

“Keputusan bersama untuk kebaikan olahraga dalam Sukan SEA 2027. Nanti, jawatan pemilihan bersama akan putuskan (lantikan jurulatih mengikut acara),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×