MILAN: Pemain Arsenal membuktikan mereka cukup matang mengatasi tekanan ketika membenam Inter Milan 3-1 sekali gus meneruskan rekod sempurna tujuh kemenangan berturut-turut di Liga Juara-Juara Eropah. Dalam aksi berkenaan, skuad kendalian Mikel Arteta meraih dua gol menerusi Gabriel Jesus pada separuh masa pertama sebelum Viktor Gyokeres melengkapkan kemenangan. Kemenangan itu membolehkan Arsenal menerajui Liga Juara-Juara Eropah dengan 21 mata, enam mata di hadapan Bayern Munich yang dijadual menentang Union Saint-Gilloise.…










