Arteta yakin tuah musim ini

Arteta yakin tuah musim ini

Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martínez (kanan) mengasak penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menghantar mesej jelas The Gunners sudah bersedia menamatkan kemarau kejuaraan selama 22 tahun selepas membenam Aston Villa 4-1 di Stadium Emirates pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Pengendali dari Sepanyol itu tidak berselindung dengan keyakinannya, menyifatkan kemenangan itu sebagai isyarat awal bahawa Arsenal kini berada di landasan tepat untuk menjulang trofi liga yang kali terakhir dimenangi pada 2004.

“Kami tahu apa yang kami mahukan dan bagaimana untuk mencapainya. Cara pasukan bekerja setiap hari memberi keyakinan bahawa kami semakin hampir,” kata Arteta.

Pengendali Sepanyol itu turut memuji aksi mantap Gabriel Magalhaes yang kembali daripada kecederaan, menyifatkan pertahanan Brazil itu sebagai tonggak penting dalam perancangan kejuaraan Arsenal.

Ledakan garang pada babak kedua menjadi pemisah apabila Arsenal yang bergelut pada separuh masa pertama bangkit dengan tempo dan intensiti luar biasa, sekali gus memadam penguasaan awal pasukan kendalian Unai Emery.

Kesilapan penjaga gol Villa, Emiliano Martinez, yang gagal mengawal sepakan penjuru menghadiahkan gol pembukaan kepada Gabriel Magalhaes, sebelum Arsenal ‘mengamuk’ menerusi jaringan Martin Zubimendi, Leandro Trossard dan Gabriel Jesus dalam tempoh singkat.

Jaringan sagu hati Ollie Watkins pada masa kecederaan sekadar melengkapkan statistik buat Villa yang terpaksa akur rekod 11 perlawanan tanpa kalah mereka berakhir di London Utara.

Arsenal menutup tahun 2025 sebagai pendahulu liga dengan kelebihan lima mata ke atas Manchester City, manakala Villa kekal di kelompok tiga teratas tetapi kini ketinggalan enam mata. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN