Taktik Guardiola makan diri

Taktik Guardiola makan diri

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola kelihatan sugul semasa sidang akkbar selepas pasukannya tewas kepada wakil Norway dalam Liga Juara-Juara di Bodoe, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BODO: Tindakan Manchester City tidak menurunkan pemain utama berdepan Bodo/Glimt memakan diri apabila tumpas 1-3 kepada wakil Norway itu dalam dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengendali City, Pep Guardiola menegaskan, dia tidak memandang rendah keupayaan Bodo/Glimt, namun memilih menyimpan beberapa pemain berpengalaman di bangku simpanan dengan menurunkan barisan lebih muda.

Beraksi di laman sendiri di Aspmyra Stadium, jurulatih Bodo/Glimt, Kjetil Knutsen menyusun taktikal menerusi serangan balas dan pemainnya melaksanakan pelan dengan cemerlang apabila berjaya memerangkap City.

“Dari segi pertahanan mereka sangat luar biasa, menggunakan jurulatih sama sejak enam, tujuh tahun, pemain sama, dan itu memberi konsistensi dalam tugasan. Saya beri penghormatan penuh kepada mereka.

“Saya tahu pandangan orang boleh berbeza, tetapi musim lalu mereka mara ke separuh akhir Liga Europa. Itu bukti mereka pasukan bertaraf tinggi, sangat hebat,” kata Guardiola selepas kekalahan memalukan itu.

Mengulas taktikal yang memerangkap anak buahnya, jurulatih berusia 55 tahun dari Sepanyol itu berkata, lawan bijak mengawal keadaan di setiap posisi dan berjaya melakukan serangan balas.

“Mereka menutup ruang di tengah dengan sangat baik, jadi anda perlu bermain ke sisi. Kami pula tiada pemain untuk situasi satu lawan satu atau larian ke belakang pertahanan, sebab itu kami sedikit bergelut.

“Namun secara keseluruhan, sebagai pasukan tradisional seperti kebanyakan pasukan Eropah Utara, mereka sangat bagus. Tahniah kepada mereka. Tiada alasan lain,” jelas Guardiola.

Ketinggalan 0-3, City merapatkan jurang menerusi jaringan Rayan Cherki sebelum kapten, Rodri, dibuang padang selepas menerima dua kad kuning berturut-turut, sekali gus mematikan terus peluang kebangkitan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN