PETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan membentuk jawatankuasa sementara untuk menguruskan pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas difahamkan kesemua barisan exco badan induk bola sepak negara itu akan meletak jawatan. Menurut sumber, tindakan itu dibuat selepas semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM sebulat suara melepaskan jawatan masing-masing pada 28 Januari ini. “Beberapa jam selepas Exco FAM letak jawatan pada 28 Januari ini, AFC akan masuk untuk ambil alih…










