2026 tahun ubah mentaliti

2026 tahun ubah mentaliti

Kontinjen Malaysia melepasi pentas utama dalam upacara penutup Sukan SEA 2025 Thailand bulan lalu. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disaran kembali menggunakan pendekatan sasaran pingat emas dan bukan lagi jumlah pingat keseluruhan dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2026.

Pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, beliau berharap KBS yang kini dipimpin Dr. Mohammed Taufiq Johari tidak lagi meneruskan amalan penetapan sasaran berdasarkan jumlah pingat keseluruhan apabila Malaysia menyertai dua temasya besar itu.

Katanya, sasaran tersebut dianggap tidak relevan, malah ia bertentangan dengan norma yang dilakukan oleh negara bertanding.

“Fikir semula, jangan terlalu bersikap egoistik atau terlalu nak pertahankan prinsip sendiri sedangkan ia mengundang kontroversi. Amalan jumlah keseluruhan pingat tidak digunakan malah bukan di Asia Tenggara.

“Thailand, Singapura, Vietnam semuanya sasar jumlah pingat emas malah Thailand sasar 241 tapi dapat 233 emas dalam Sukan SEA 2025. Tiada apa-apa pun.

“Tak capai sasaran kita lihat semula apa yang tak kena. Buat pembetulan, perbaiki semula sebab kita bukannya nak suruh menteri letak jawatan. Sasaran pingat emas adalah perkara yang orang biasa buat,” katanya.

Sasaran jumlah pingat keseluruhan buat kali pertama digunakan ketika Malaysia menyertai Sukan Asia Hangzhou 2022 bagi mengelakkan tekanan kepada atlet.

Mengulas lanjut, Pekan berkata, sasaran jumlah keseluruhan pingat tidak bagus untuk membina semangat dalaman dan mentaliti juara terhadap atlet negara.

“Amalan itu bertentangan dengan psikologi sukan sebab kalau tak sasar emas macam mana kita nak melahirkan jaguh-jaguh sukan di pentas antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN