SKANDAL 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan sekadar episod hitam dalam sejarah kewangan negara sebaliknya tragedi institusi menunjukan kegagalan sistemik yang melibatkan wang rakyat, jaringan kuasa, kelemahan penguatkuasaan dan kerapuhan tadbir urus. Walaupun beberapa tokoh politik diheret ke muka pengadilan dan dihukum, namun persoalan asas masih belum dijawab sepenuhnya, adakah keadilan benar-benar ditegakkan atau kita hanya menyentuh permukaannya? Malaysia tidak boleh mendakwa telah ‘menutup buku’ 1MDB selagi akauntabiliti dilaksanakan secara terpilih.…










