ROMBAKAN Kabinet pada 16 Disember tahun lalu perlu dibaca melangkaui isu siapa naik, siapa turun. Dalam politik gabungan, rombakan Kabinet ialah instrumen bagi pengurusan kuasa sama ada menutup lompang pentadbiran, menstabilkan gabungan atau menyusun semula titik tumpuan prestasi. Oleh sebab itu, rombakan Kabinet bukan sekadar episod pertukaran individu tetapi merangkumi ujian kemampuan kerajaan untuk membuat keputusan yang selaras, melaksanakan dasar tanpa kekeliruan dan meningkatkan kepercayaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16…










