LONDON: Pemain pertahanan Arsenal, William Saliba melaungkan keyakinan tinggi bahawa Arsenal mampu mencipta musim luar biasa dengan menyapu bersih empat trofi, sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan besar kelab London Utara itu. Tonggak pertahanan Perancis berusia 23 tahun itu menegaskan, skuad The Gunners kini lebih matang dan bersedia menterjemahkan prestasi konsisten kepada kejayaan sebenar, selepas beberapa musim sekadar ‘hampir-hampir’. Arsenal ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan fasa…










