Guna pengalaman ‘sakit’ untuk atasi Spurs - Arteta

Guna pengalaman ‘sakit’ untuk atasi Spurs – Arteta

Mikel Arteta
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa pasukannya menggunakan ‘kesakitan’ seri 2-2 dengan Wolves untuk menghidupkan semula cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris menentang musuh ketat, Tottenham Hotspur.

The Gunners berada di landasan untuk meraih kemenangan selepas jaringan Bukayo Saka dan Piero Hincapie meletakkan mereka mendahului 2-0 di Molineux, namun Wolves yang berada di tangga tercorot bangkit menerusi Hugo Bueno dan Tom Edozie.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal yang memburu kejuaraan England pertama dalam tempoh 22 tahun kini hanya lima mata di hadapan Manchester City yang berada di tempat kedua.

Ia merupakan perlawanan kedua berturut-turut Arsenal kehilangan mata selepas seri dengan Brentford dan bermakna mereka kini hanya menang dua kali dalam tujuh aksi liga terakhir.

City yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan, sebelum ini dua kali memintas Arsenal untuk menjuarai Liga Perdana pada musim 2022/23 dan 2023/24, dan pertembungan mereka pada April berpotensi menjadi penentu dalam perebutan gelaran.

Namun Arteta berkata: “Saya akan menjadi orang pertama yang rapat dengan mereka (para pemain) kerana ini tiada kaitan dengan sikap atau keinginan, malah sebaliknya.

“Jika anda melihat bagaimana kami melepaskan dua gol hari ini tanpa memberi ruang kepada situasi lain, ia sangat jarang berlaku tetapi ia terjadi. Dan ia berlaku atas sebab tertentu dan kami perlu bertindak balas. Jika anda berada di puncak, anda perlu menang dan terus menang, itu bukan perkara baharu.”

Arsenal akan bertandang ke gelanggang Tottenham yang sedang bergelut dalam aksi derby utara London, esok. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN