BEBERAPA tahun kebelakangan ini, buku fiksyen tempatan dipenuhi kisah cinta melampau, gaya hidup mewah dan watak penjenayah glamor, mencerminkan pengaruh budaya luar. Walaupun popular, namun kandungan sebegini berisiko merosakkan nilai moral dan membentuk persepsi songsang dalam kalangan pembaca muda. Seperti di Barat dan Asia Timur, sebahagian penulis dan penerbit tempatan mula melihat unsur erotik, hubungan terlarang dan naratif sensasi sebagai ‘jualan utama’ untuk menarik minat pembaca muda yang dahagakan hiburan. …










