SEMENJAK kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai laporan melibatkan kes rogol bayi, pembunuhan kejam dan terkini aktiviti ‘songsang’ yang berleluasa. Berita-berita sebegini bukan sahaja meranapkan perasaan aman dalam kalangan rakyat, malah turut menggugat nilai kemanusiaan yang menjadi teras kepada kewujudan kita sebagai makhluk bermaruah. Justeru, penting untuk kita kembali bertanya apakah erti hidup sebagai manusia? Apakah fitrah asal yang perlu dipegang? Dan bagaimana agama dapat menuntun kita kembali ke landasan…










