PEMBENTUKAN Kabinet baharu membawa harapan besar rakyat, khususnya dalam aspek ekonomi yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian. Kabinet perlu memberi fokus yang jelas dan berasaskan data kepada pemerkasaan ekonomi negara dalam situasi ekonomi global tidak menentu, kadar inflasi yang memberi tekanan kepada kos sara hidup serta perubahan struktur ekonomi dunia. Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sekitar 4 hingga 5 peratus dalam tempoh terkini, didorong…










