PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan negara bertekad untuk menebus kekecewaan sekali gus merampas gelaran juara pada Sukan SEA 2025 Thailand. Pengurus pasukan hoki lelaki, Shurizan Mansor berkata, skuad kini berada pada fasa terakhir persiapan menjelang temasya dwitahunan itu. “Pasukan sekarang berada dalam keadaan baik, semua berjalan seperti dirancang. “Semua sudah kami rancang dengan teliti untuk setiap perlawanan, jadi kami akan turun dengan perancangan yang telah kami atur,” katanya kepada…









