KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menentukan nasib tujuh pemain skuad Harimau Malaya yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, persatuan sudah menyiapkan hujahan bertulis yang lengkap dan yakin segala keperluan CAS dapat dipenuhi sebelum tarikh akhir 18 Disember ini. “Proses bersama FIFA sudah selesai dan segala usaha telah dilakukan untuk membela pihak…










