PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) termasuk melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, proses rayuan kini memasuki fasa baharu selepas dokumen rasmi dihantar kepada CAS untuk tindakan lanjut. Menurutnya, CAS telah menetapkan tempoh 10 hari kepada pasukan peguam yang mewakili badan induk bola sepak negara itu…










