MELAKA: Penolong jurulatih, Mohd. Asri Ninggal akan memikul tanggungjawab memangku jawatan jurulatih skuad bola sepak Melaka FC yang ditinggalkan Datuk K. Devan menjelang aksi menentang Pulau Pinang pada 11 Januari ini. Pengurus Melaka FC, Muhammad Najmi Mohd Nordin berkata, Mohd. Asri dilihat calon terbaik menggalas tugas tersebut selepas seorang lagi penolong jurulatih, S. Subramaniam turut meletakkan jawatannya selepas Melaka FC tewas kepada Selangor 0-3. Menurutnya, pihaknya menerima beberapa tawaran daripada…










