MADRID: Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso berdepan risiko kehilangan jawatannya seawal minggu ini, menurut beberapa laporan media di Sepanyol. Alonso mengharungi permulaan sukar apabila pasukannya tewas 0-2 kepada Celta Vigo kelmarin dan kekalahan itu menyebabkan Real ketinggalan empat mata di belakang pesaing tradisi, Barcelona selepas sebulan lalu mereka memiliki kelebihan lima mata di depan. Keputusan itu turut diselubungi kekecohan di terowong stadium selepas dua pemain Real dilayangkan kad merah dan…










