BANGKOK: Pemanah junior negara, Muhammad Aiman Syafiq Tariki berisiko menamatkan karier lebih awal selepas berdepan masalah pelepasan dan kontrak daripada pusat pengajiannya di Institut Pendidikan Guru (IPG). Perkara itu didedahkan pemanah senior negara, Mohd Juwaidi Mazuki selepas gandingannya bersama Aiman dan Alang Ariff Aqi Muhammad Ghazalli meraih emas compound di Sukan SEA Thailand 2025, semalam. Juwadi berkata, Aiman yang memainkan peranan besar dalam aksi final menewaskan tuan rumah, Thailand 232-229…










