KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski lebih memikirkan kejayaan pasukan berbanding isu dokumentasi tujuh pemain warisan yang dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Beliau berkata, isu berkenaan di luar kawalannya dan pemain skuad kebangsaan sendiri, maka adalah lebih baik beliau memberi tumpuan penuh terhadap apa yang mampu dilakukan terutama mendapatkan keputusan positif di atas padang. “Kami tidak boleh kawal perkara lain selain daripada kerja kami di padang tetapi apa…










