PETALING JAYA: Persiapan skuad ekuestrian negara menjelang Sukan SEA berdepan cabaran getir apabila beberapa ekor kuda yang akan digunakan mengalami kecederaan sehingga menjejaskan perancangan asal pasukan. Jurulatih ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil mengakui situasi itu memaksa mereka melakukan pertukaran penunggang dan kuda dalam tempoh singkat menjelang temasya. “Persiapan kali ini memang agak mencabar. Beberapa ekor kuda mengalami kecederaan dan kita terpaksa buat banyak pertukaran antara penunggang dan kuda. “Bila…










