LONDON: Manchester United dijangka membuat perbelanjaan mengejut pada Januari depan bagi memastikan mereka di landasan terbaik untuk bersaing di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus mencerahkan peluang ke pentas Eropah musim depan. Pengendalinya, Ruben Amorim juga berharap pihak pengurusan membuat pembelian selepas United bakal kehilangan dua penyerang utama iaitu Amad Diallo dan Bryan Mbeumo yang menyertai kempen Piala Negara-Negara Afrika yang berakhir pada 18 Januari. United sudah membelanjakan…










