LIVERPOOL: Tekanan terhadap Arne Slot semakin memuncak selepas Liverpool dibelasah 1-4 oleh PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam. Kekalahan itu menyaksikan The Reds tewas sembilan kali dalam 12 perlawanan terakhir di semua kejohanan, rekod terburuk mereka dalam 12 perlawanan sejak musim 1953-54. Slot juga mengakui suasana di Anfield kini suram selepas kemerosotan berterusan pasukannya dengan penyokong menuntut perubahan segera dalam pasukan dibarisi bintang tiu. “Saya mengharapkan persembahan yang lebih…










